Saturday, September 19, 2009

Cara mendidik anak yang pemalu

· Jangan terlalu memaksa kanak-kanak untuk berdikari terlalu cepat tetapi jangan pula bersifat terlalu melindungi. Kadang kala terlalu melindungi menyebabkan anak anda kecewa, seolah-olah anda tidak percaya pada dirinya. Ia menyebabkan anak anda tidak berpeluang untuk belajar menangani rasa takut.

· Hormat sikap anak anda yang pemalu dengan mula bercakap mengenai perasaannya dan rasa takutnya. Jangan buli atau kritik kerana sikapnya itu.

· Jika bercadang mengadakan majlis hari jadinya, beritahu anak anda seawal mungkin dan apa yang akan terjadi pada hari berkenaan.

· Jangan masukkan anak anda dalam pertandingan atau suasana yang berbentuk pertandingan sebaliknya masukkannya dalam aktiviti berkumpulan seperti bermain bola sepak atau apa saja yang boleh membina rasa ‘sense of belonging’ dengan rakan sepasukan dan membina jati diri.

· Galak anak anda mencuba benda baru atau aktiviti baru, tetapi jangan paksa atau bertindak terlalu melindungi.

· Bantu anak anda membina jati dirinya. Kanak-kanak yang pemalu selalunya mempunyai jati diri negatif dan rasa terpinggir. Anda boleh membantunya membina jati diri dengan kerap memuji dirinya dan cari keistimewaannya, misalnya anak anda pandai melukis. Selain itu, beri sokongan dan pujian. Kanak-kanak yang rasa selesa dengan dirinya perlahan-lahan boleh mengendalikan rasa malu.

No comments:

Powered By Blogger