Thursday, December 10, 2009

GAMBAR KENANGAN






AFIQ BERSAMA UAN DAN ATUK



IRA DAN IPAH

IPAH

Saturday, September 26, 2009

Saturday, September 19, 2009

Cara mendidik anak yang pemalu

· Jangan terlalu memaksa kanak-kanak untuk berdikari terlalu cepat tetapi jangan pula bersifat terlalu melindungi. Kadang kala terlalu melindungi menyebabkan anak anda kecewa, seolah-olah anda tidak percaya pada dirinya. Ia menyebabkan anak anda tidak berpeluang untuk belajar menangani rasa takut.

· Hormat sikap anak anda yang pemalu dengan mula bercakap mengenai perasaannya dan rasa takutnya. Jangan buli atau kritik kerana sikapnya itu.

· Jika bercadang mengadakan majlis hari jadinya, beritahu anak anda seawal mungkin dan apa yang akan terjadi pada hari berkenaan.

· Jangan masukkan anak anda dalam pertandingan atau suasana yang berbentuk pertandingan sebaliknya masukkannya dalam aktiviti berkumpulan seperti bermain bola sepak atau apa saja yang boleh membina rasa ‘sense of belonging’ dengan rakan sepasukan dan membina jati diri.

· Galak anak anda mencuba benda baru atau aktiviti baru, tetapi jangan paksa atau bertindak terlalu melindungi.

· Bantu anak anda membina jati dirinya. Kanak-kanak yang pemalu selalunya mempunyai jati diri negatif dan rasa terpinggir. Anda boleh membantunya membina jati diri dengan kerap memuji dirinya dan cari keistimewaannya, misalnya anak anda pandai melukis. Selain itu, beri sokongan dan pujian. Kanak-kanak yang rasa selesa dengan dirinya perlahan-lahan boleh mengendalikan rasa malu.

10 Petua Membina Sikap Positif

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani. Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda. Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini.

Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda. Petua 3 : Ubah Penampilan Diri Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan.

Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif.

Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu. Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri: Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.

Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir. Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.

Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

SEKIAN

Hakcipta terpelihara © Tahun 1998 - 2003
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
172 A & B Jalan Gopeng, 31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA
Tel: 05 - 3134622, 3136601
Fax : 05 - 3133409
e-mel : webmaster@maptraining.com.my

Cara Peneutralan Minda

  • Fikirkan harapan / matlamat anda
  • Saya tidak ada masa untuk perkara yang remeh temeh
  • Fikirkan kejayaan lalu andaSaya seorang yang berkualiti
  • Fikirkan pendirian anda
  • Tiada orang boleh menggangu perasaan tanpa izin mu
  • Fikirkan kejadian sebagai satu proses
  • Semua perkara akan berlalu selagi anda terus maju
  • Fikirkan peranan anda dalam masalah tersebut
  • Tindakan adalah penyelesaian masalah terbaik

Saturday, September 12, 2009

BAJU KURUNG SARI DARI BOMBAY




INILAH KAIN SARI HADIAH DARI ISZAID (BEKAS PELAJAR SASER) YANG BELAJAR DI INDIA YANG TELAH DIBUAT BAJU KURUNG PAHANG.....

Monday, August 31, 2009

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN MENYAMBUAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA SAUDARA MARA DAN KENALAN YANG BERADA DI MANA SAHAJA.POHONKAN KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN ZAHIR DAN BATHIN.SEMOGA TAHUN INI KITA DILIMPAHI RAHMAT DAN HIDAYAH DARIPADA ALLAH....AMIN.
MUSTAFA KAMAL & AZIAH SEISI KELUARGA

Saturday, August 29, 2009

Thursday, August 27, 2009

DATANGNYE BULAN RAMADAN......






RAMADAN.....
.
ITULAH SAAT YG DINANTIKAN OLEH SELURUH UMAT ISLAM......
TP MALANGNYE RAMAI YG TDK MENGERTI APE ITU PUASA....
MRK HANYA MENGANGGAP PUASA ADALAH UTK MENYAMBUT HARI RAYA.....
ADAKAH ITU BETUL.......
TIDAK SAMA SEKALI KERNA PUASA ........
DPT MENGAJAR UMAT ISLAM ERTI KESUSAHAN,KEPAYAHAN DAN KESAKITAN
ORG2 PALESTIN DEMI MENCARI SESUAP NASI....
DISAMPING KITA MENAHAN NAFSU LAPAR DAN DAHAGA...
RAMADAN......
KAU DTG DAN KAU PERGI BEGITU SAHAJA....
SETELAH 1BULAN UMAT ISLAM MENUNAIKANNYA......
BETAPA RUGINYA BG MRK YG TDK BERPUASA PD BULAN ITU.....
KERNA MRK TDK AKAN DPT MERASAI KENIKMATAN KETIKA BERPUASA.....
BAHKAN TDK AKAN MERASAI SEDIKIT PUN KESERONOKKAN APABILA SEMUA UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI......
RAMADAN......
KINI KAU KEMBALI LAGI...........


Saturday, June 27, 2009

PENDAFTARANKU DI UITM


Hari ini...27.06.2009,aku mendaftar di UITM Bandaraya Melaka. Gembiranya hatiku dan aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang akauntan yang profesional. Syukur Alhamdulillah,,,,,,cita-ciitaku dimakbukan Allah. Dalam gambar itu,ialah adikku Ipah.






Ini adalah orang-orang tersayang yang menghantarku ke UITM. Keluargaku,dan keluarga Mak Teh.Bergambar di hadapan bangunan UITM.Ayahku tiada dalam gambar..nak tahu..kenapa..? sebab dia tukang ambil gambar....he....he...








Hah......inilah bangunan UITM,tempat di mana aku akan belajar selama 4 tahun. Tersegam gagah sebagaimana gagahnya usahaku untuk mengejar cita-citaku.










Inilah......saat pertamaku menjejakkan kaki di UITM.Akanku teruskan langkah-langkahku mengejar cita-cita sehingga memperolehi kejayaan.

Friday, June 19, 2009

SEKALUNG TAHNIAH




SEKALUNG BUNGA DAN TAHNIAH UNTUK ANAKKU NURUL AFIQQAH KERANA KEJAYAANNYA DITERIMA MASUK KE UITM DALAM BIDANG PERAKAUNAN.KEJAYAAN ANDA ADALAH KEJAYAAN KELUARGA JUA....TERUSKAN CITA-CITAMU UNTUK MENJADI AKAUANTAN YANG BERJAYA NANTI.....TAHNIAH...TAHNIAH....TAHNIAH




SURAT
TAWARAN

Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi Mara

40450, Shah Alam Selangor, Malaysia
Tel: (603)5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (603) 5544 3170
e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my

NURUL AFIQQAH BINTI MUSTAFA KAMAL
NO 56 JALAN CEMPAKA 2,
TAMAN CEMPAKA
70450, SEREMBAN
N SEMBILAN

No Pelajar:

2009678172

No Kad Pengenalan:


Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program:

(AC220)

Sepenuh Masa



SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)



PERAKAUNAN

Kampus:

M1 - UiTM Kampus Bandar Melaka


Semester:

JULAI 2009


Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat:

UITM KAMPUS BANDARAYA MELAKA


110 OFF JALAN HANG TUAH, 75300, MELAKA



Tarikh:

27/6/2009



Masa:

8:30AM - 4:30PM


Kemudahan dan Bayaran

Anda dikenakan bayaran yuran pengajian satu semester, SILA RUJUK BIL BAYARAN untuk membiayai pengajian anda di UiTM

kemudahan kolej kediaman :

DISEDIAKAN


yuran pendaftaran peperiksaan :

TIADA



PENTING

1.

Anda dikehendaki mematuhi syarat-syarat tawaran seperti berikut. (Klik disini)

2.

Sila bawa sijil-sijil asal seperti surat beranak, kad pengenalan, SPM, STPM, Transkrip Diploma, Transkrip Ijazah dan lain-lain SEMASA MENDAFTAR.

3.

Anda dikehendaki membuat pengesahan penerimaan / penolakan tawaran dengan segera dalam tempoh yang ditetapkan melalui laman web di http://www.uitm.edu.my/intake .

4.

Calon hanya diterima sebagai pelajar UiTM setelah datang mendaftar, membayar yuran pengajian serta memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UiTM.



KETUA
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR






Thursday, June 11, 2009

sehari di dusun-10 jun 09

SEHARI DI DUSUN DURIAN



memory at dusun durian
Sungguh nyaman dan tenang sekali berada di dusun durian.Aku bahagia sekali bersama keluarga,ayah sibuk menebas manakala aku dan adik-adik riang mencari buah yang gugur.Nampak tak,betapa happy nya aku dengan buah durian yang akan menjadi habuanku.



Ini pula gambar ibuku yan sibuk membersihkan buah durian untuk dibawa pulang.Bukan senang tau.....................................Ini pula gambar ayahku yang amat rajin dan tekun membersihkan dusun.Sehari suntuk ayahku membersihkan dusun tanpa rasa letih.................

Kau lihatah sendiri....betapa letihnya alongku....setelah membersihkan dusun,,,,tersadai di hadapan mesin rumput.

Hebat....hebat...betul adik-adikku.Gembiranya mendapat buah durian untuk dijadian habuan....

Semuanya....dah letih.Haripun dah....petang......


Sunday, June 7, 2009

WEDDING KAK ATIE

WEDDING KAK ATIE
7.06.2009


SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BERBAHAGIA SELALU


3 DARA PINGITAN
TAK SABAR NAK MAKAN


BERSAMA SANAK SAUDARA

Hari ini,aku mghadiri knduri kawen kak tie... ati ku amat gmbira mlihat............ gmbiranye psangan pgantin di atas......... t'bayang ble pula tibenya mase ari yg pling gmbira yg di idamkn oleh stiap psangan......owh... aq lupe lak yg skunk nie aq msih stdy lgi...... aq perlu mgejar cite2 dulu yg bgi ku penting...


Sunday, April 5, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU SAYANG







Sambutan hari lahir ,walaupun sederhana tetapi memberikan erti yang bermakna buat isteriku.Selamat hari lahir dan semoga ditambahkan keimanan,kasih sayang,kemesraan dan seterusnya kesihatan yang baik.

Wednesday, March 11, 2009

SIKAP PEMBELAJARAN YANG CEMERLANG

Sikap Pertama: Ketahanan diri
Terus belajar biarpun hati anda dah mengalah/penat.

Sikap kedua: Disiplin diri
Melayan pembelajaran sebagai tanggung jawab dan bukan sebagai suatu hobi

Sikap ketiga : Minat terhadap pembelajaran
Belajar dengan perasaan positif dan gembira

Sikap keempat : Jangkaan positif
Sentiasa fikirkan kejayaan yang bakal datang

Sikap kelima : Ketenangan jiwa
Dapat memaafkan semua perasaan yang menjejaskan perasaan anda

Sikap keenam : Pembelajaran menyeluruh
Bukan hanya tumpu pada pelajaran yang anda minati sahaja

Sikap ketujuh : Ulangan bertubi-tubi
Sekadar memahami tidak mencukupi, ia perlu menjadi aset hidup

Sikap kelapan : Sikap tidak mengalah
Gagal mendapat prestasi yang baik tidak melemaskan semangat untuk terus belajar

Sikap kesembilan: Jaga diri sendiri
Tidak membandingkan kejayaan orang lain dengan prestasi diri anda

Sikap kesepuluh : Mengikut jadual belajar
Lepaskan semua perkara yang boleh mengganggu jadual ulangkaji anda

Sikap kesebelas : Cekal berjuang
Bersusah dahulu , bersenang kemudian. Tidak terpedaya oleh permainan video game.
Sanggup mengenepikan permainan demi masa depan yang cerah

Sikap ke dua belas : Menjaga hidup
Tidak lupa pada keseimbangan hidup

Sikap ke tiga belas : Menjadi model
Tunjukkan contoh anda kepada adik beradik

Sikap ke empat belas : Elak kesempurnaan
Melengkapkan tugasan tidak mungkin mencapai kesempurnaan

Sikap ke lima belas: Menangani perkara luar jangka
Setiap kejadian perlu ditangani dengan sabar dan tidak mencetuskan perasaan negatif

Sikap keenam belas : Menghargai tekanan
Setiap tekanan adalah memberi kekuatan untuk anda

Sikap ketujuh belas : Suka berkongsi
Membantu orang lain adalah juga membantu diri sendiri

Sikap kelapan belas: Cekal mencari jawapan
Biasakan diri membuat rujukan silang pada buku yang berbeza

Sikap kesembilan belas: Suka bertanya
Untuk mendapat jawapan yang nyata dan mendalam

Sikap kedua puluh : Suka bersendirian
Menjaga diri jauh lebih penting dari melayan kawan

Sikap keduapuluh satu: Menahan penat
Setiap orang ada bateri kedua , gunanya bila perlu

Sikap keduapuluh dua : Inisiatif
Bertindak biarpun tidak disuruh

Sikap keduapuluh tiga : Jiwa berbakti
Belaajr demi kejayaan keluarga, negara

Sikap keduapuluh empat: Hutang pembelajaran
Rasa bersalah kerana gagal melengkapkan pembelajaran dan akan membayar balik hutang secepat mungkin

Sikap keduapuluh lima : Menjangkaui batasan
Belajar lebih dari apa yang orang lain mampu lakukan

Sikap keduapuluh enam: Mencabar diri sendiri
Fikirkan , adakah anda boleh lakukan lebih baik. Jika dapat, hadiahkan diri sendiri
Sikap keduapuluh tujuh : Nilai kerohanian
Jadikan pembelajaran salah satu dari ibadat hidup. Doa selalu.

Sikap keduapuluh lapan : Kasih sayang
Sayang pada diri sendiri dan tidak mengizinkan diri kalah dalam hidup

Sikap keduapuluh sembilan : Motivasi diri
Bercakap dengan diri sendiri secara positif

Sikap ketiga puluh : Kemahuan yang berkobar-kobar
Menjadikan harapan suatu kewajipan dalam hidup.

Sunday, February 8, 2009

TINGKATKAN IESQ ANAK-ANAK

Tingkatkan IESQ anak-anak anda.
Posted by Dr. Tengku Asmadi on Nov 09 2007 | Keibubapaan
Kebelakangan ini anak-anak dan remaja semakin berani melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir oleh kita. Ada anak ditikam hanya disebabkan seekor ayam belanda. Ada yang mati setelah bergaduh atas perkara yang kecil. Malah kes juvana dikalangan remaja turut meningkat. Kes-kes seperti Lumba haram, penagihan dadah, bohsia, hedonism, lari dari rumah, seks bebas, dan banyak lagi telah. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu untuk berada di sisi anak-anak sepanjang masa. Kita hanya mampu menasihat, menegur dan memantau selebihnya adalah bergantung kepada kemampuan anak-anak membuat pertimbangan mereka sendiri.
Anak-anak perlu bijak membuat keputusan agar tidak terpengaruh dengan ajakan atau pergaulan yang boleh merosakkan masa depan mereka sendiri. Mereka perlu tahu batas-batas kenakalan mereka agar tidak sehingga membawa kepada perkara-perkara yang menyalahi peraturan, norma kehidupan dan undang-undang.
Anak-anak juga perlu ada kemahiran untuk mengesan hadirnya satu bentuk ancaman atau unsur kejahatan ke atas diri mereka. Apabila mereka memiliki kebolehan ini maka mereka boleh mengambil langkah berkesan untuk mengelak daripada terperangkap dalam situasi yang membahayakan diri mereka.
Sekiranya anak-anak mempunyai IESQ yang tinggi maka sebahagian daripada masalah yang kita dengar hari ini mampu dielakkan oleh mereka. Oleh itu adalah penting ibu bapa dan guru-guru berusaha meningkatkan IESQ anak-anak agar mereka mampu menjadi anak-anak yang selamat daripada pelbagai bentuk ancaman yang ada.
IESQ adalah singkatan kepada Intellectual-Emotional-Spiritual-Quotient. Ia berkaitan dengan tiga perkara penting yang perlu diasuh, dikembangkan dan ditajamkan dalam diri anak-anak iaitu kecerdasan intelek, emosi dan rohani.
Menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

Langkah pertama melahirkan anak-anak yang tinggi IESQ ialah mulakan dengan diri kita sendiri. Ibu bapa dan para guru secara langsung atau tidak langsung menjadi contoh kepada anak-anak. Anak-anak lebih cenderung mencontohi apa yang mereka nampak dan bukannya apa yang mereka dengar. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki akhlak, peribadi dan tingkahlaku yang menjadi contoh kepada sahabat dan musuh. Akhlak, peribadi dan tingkahlaku ini membentuk kredibiliti. Kredibiliti membuatkan mereka yang ada disekeliling kita menghormati dan mempercayai kita. Ibu bapa dan guru-guru yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan mampu membentuk anak-anak yang mempunyai IESQ yang hebat.
Ajar anak-anak konsep tauhid dan ketuhanan seawal mungkin.
Anak-anak bukan sahaja perlu diajar tentang cara mengerjakan solat, membaca al-quran, fardhu ‘ain dan sebagainya sahaja. Sebaliknya mereka perlu difahamkan tentang konsep tauhid seawal mungkin. Mereka perlu tahu dan yakin bahawa semua yang ada ini dicipta oleh Tuhan Yang Satu dan hanya kepadaNya sahajalah kita patu beribadah. Anak-anak yang memahami konsep takwa takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang meski pun tiada sesiapa mungkin yang akan mengetahui perbuatannya. Semuanya ini kerana keyakinan dan kepercayaan yang telah ditanam dalam diri mereka bahawa semua yang dilakukan akan dibalas dan hidup sentiasa diperhatikan oleh Tuhan. Semua ini akan menjadi benteng diri yang mampu membantu anak-anak berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.
Lahirkan generasi yang membudayakan ilmu.

Anak-anak yang pintar dan bijak hanya lahir daripada generasi yang membudayakan ilmu. Ibu bapa perlu jadikan budaya membaca sebagai salah satu amalan harian mereka. Galakkan anak-anak membaca pelbagai bentuk bahan bacaan. Dedahkan mereka dengan cabang pengetahuan yang pelbagai seperti buku-buku yang membina minat dalam bidang sains dan teknologi, buku-buku cerita yang membina akhlak dan peribadi, kisah-kisah perjuangan, buku-buku mempunyai unsur motivasi, dan banyak lagi. Kurangkan bahan-bahan picisan yang berbentuk hiburan, tahyul, lucah dan sebagainya. Dedahkan juga anak-anak dengan pelbagai isu semasa dan bincangkan dengan mereka tentang isu-isu tersebut dan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan atau diatasi. Bawa anak-anak ke perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Sediakan ruang membaca dan perpustakaan mini di rumah.
Serlahkah kehebatan dan keunikan dalam diri anak.

Setiap anak itu unik dan mempunyai kehebatannya sendiri. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan diri anak-anak dan dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti sosial dan ko-kurikulum. Lebih banyak pendedahan yang dilakukan maka lebih bagus sebab disitu nanti anak-anak menyedari kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu bidang. Semua orang perlukan pengiktirafan dalam hidup ini dan anak kita juga tidak terkecuali. Apabila anak-anak menerima pengiktirafan terhadap penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti maka mereka lihat diri mereka berharga dan ini meningkatkan tahap IESQ mereka. Nicol Ann David dan Shalin Zulkifli adalah antara mereka yang telah dikesan bakat sukannya oleh kedua ibu bapa mereka sejak dari usia kecil. Kesannya, lihatlah pencapaian mereka hari ini.
Suburkan kebaikan anak-anak.
Ibu bapa begitu cepat menegur kesilapan anak tetapi lupa menyuburkan kebaikan yang anak-anak mereka lakukan. Apabila anak-anak melakukan sesuatu yang baik, ibu bapa menganggap itulah yang sepatutnya anak-anak mereka lakukan dan tiada apa yang perlu diberikan sebagai balasan. Sebaliknya apabila anak-anak melakukan perkara yang buruk, ibu bapa segera menegur, memarahi, menyindir dan menasihati. Anak-anak perlu diberitahu apa yang salah telah mereka lakukan dan apa pula yang betul. Kalau setiap yang salah kita berikan teguran maka setiap perkara yang betul kita perlu berikan pujian. Puji-pujian menunjukkan yang kita peka dan prihatin terhadap perlakuan dan perkembangan anak-anak dan ini akan menyuburkan kebaikan.
Wujudkan sikap berkasih sayang sesama insan dan makhluk tuhan.
Sikap berkasih sayang ini perlu dipupuk dalam diri anak-anak. Dalam keadaan Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa ini sikap berkasih sayang itu mestilah tanpa mengira bangsa dan agama. Anak-anak perlu diajar bahawa setiap insan itu sama meski pun berbeza warna kulit dan rupa. Jangan sesekali memupuk rasa permusuhan dan kebencian. Integriti kaun perlu dipupuk dari awal. Malah sifat kasih sayang ini juga perlu ada terhadap hidupan yang lain. Ajar dalam diri anak-anak kita bahawa setiap nyawa itu berharga dan setiap hidupan itu juga punya perasaan. Sifat ini menjana IESQ anak-anak dan membuatkan mereka cenderung melakukan kebaikan dalam apa jua keadaan.
Tanam sikap hargai harta benda.
Anak-anak perlu ditanam dengan sikap sayangkan harta benda sama ada harta benda sendiri atau harta benda awam. Nyatakan pada mereka bahawa harta benda itu adalah salah satu nikmat yang Tuhan berikan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Tunjukkan kepada anak-anak betapa susahnya hidup ini kalau sampah dibuang merata-rata hingga membawa kepada banjir kilat, telefon awam dirosakkan hingga menyukarkan orang lain membuat panggilan kecemasan, tandas dikotorkan hingga menyulitkan kita menggunakannya, dinding-dinding diconteng hinga menyakitkan pandangan mata dan sebagainya. Apabila ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan ini dan tidak mengambil mudah maka generasi yang tinggi IESQnya boleh dilahirkan.
Asuh anak-anak dengan adab.

Orang timur kalau tanpa adab itu biadab namanya. Adab-adab perlu diasuh dalam diri anak-anak seawal mungkin. Anak-anak yang beradap adalah anak-anak yang halus jiwanya dan prihatin terhadap persekitaran dan perasaan orang lain. Adab-adap seperti adab makan, adab bertandang, adab dengan orang tua, adab dalam menuntut ilmu dan sebagainya mesti diajarkan. Lihatlah hari ini apabila ibu bapa bertandang ke rumah kenalan, anak-anak dibiarkan begitu sahaja dan bebas berlari dan melompat. Ada kalanya hingga merosakkan barangan tuan rumah. Ibu bapa ini secara tidak langsung merestui tindak tanduk anak-anak mereka dan jangan hairan apabila anak-anak ini dewasa nanti mereka lakukan pelbagai perkara tanpa mengendahkan teguran dan nasihat kita. Oleh itu marilah kita lahirkan semula generasi yang beradab kerana adab akan membentuk IESQ yang tinggi dalam diri anak-anak
Powered By Blogger